Friday, April 29, 2011

demam sbb kucing mati dilanggar

            Isnin lepas balik jew dari Tesco..aku dikejotkan dgn berita ngeri....kucingku Meymaw mati kena langgar.Aku xpasti mcm mana sbb aku cuma diberitahu oleh seorang budak kecil iaitu anak jiran kucingku sudah ditanam.Dimana?aku pon xpegi tengok sbb x sampai ati..akibatnya hampir seminggu aku demam..mmg rindu sangat kat meymaw yg sangat manja dan pandai mengambil hati

           Tapi pagi nie aku sangat gembira kerana jiranku telah memberikan aku seeokor anak kucing yg sangat montel dan bulat giler..dah la hitam macam direndam kicap manis..hehehhe....terubat rindu pada meymaw...walaupon xsama langsung dari segi saiz dan warna..ok lah....dari xda...


sedikit sedutan tuk dikongsi bersama..
Saya pernah mendengar dalam satu kuliah agama, bahawa dalam Islam, ulama' telah menetapkan jika kita membela kucing atau binatang peliharaan lain maka kita mesti menyediakan tempat untuknya membuang najis. Jika kucing itu membuang di kawasan rumah jiran, adalah wajib untuk kita membasuhnya.

Jika kita enggan maka jiran kita berhak untuk membawa kita bersumpah (bukan sumpah laknat ye) di hadapan Qadhi (hakim) bahawa kucing itu bukan milik kita dan pemerintah boleh merampas kucing atau binatang peliharaan itu. Saya terpegun kerana memikirkan bahawa ulama' begitu teliti dan telah lama memberikan penyelesaian terhadap masalah ini.


2 comments:

  1. Moga dengan adanya kucing baru ini Mas terus ceria. Jangan lupa bina pondoknya sekali agar tak merayau-rayau lagi. Najisnyapun mudah diurus...

    ReplyDelete
  2. beressssssss...semuanya dlm jagaan...sangkar dan makanan semua cukop belaka..hehehhe

    ReplyDelete

budi bahasa budaya kita